Surprise waktu tadi malam Dedew SMS. Isinya menanyakan apa buku karya gw “Menjadi Secantik Aisyah” (dari penerbit Mirqat) dicetak versi Bahasa Melayu. Dedew sempat menemukan buku itu dijual di Singapore.
Wahhh, gw jadi nggak bisa tidur. Pengen cepet-cepet browsing. Akhirnya, setelah browsing sana sini, ketemu juga web penerbit AlFawzaan Di web itu, buku “Menjadi Secantik Aisyah” terpajang dengan manisnya, berikut review yang ditulis oleh Rosmani Ramim, seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah sekolah di Singapore.
Tanpa tunggu lama, gw langsung SMS editor (sekaligus owner) Mirqat.Ternyata AlFawzaan merupakan penerbit cabang Mirqat yang ada di Singapore. Dan “Menjadi Secantik Aisyah” benar-benar sudah dicetak dalam Bahasa Melayu. Asyiiikk.. Alhamdulillahhh…..
Dalam versi Melayu, ejaan judulnya berubah “Menjadi Secantik Aishah”. Ini dia reviewnya yang dicopy dari sini :
Kita sering bertanyakan dan mencari-cari ikon atau ‘model’ wanita yang patut ditauladani. Maka apabila kita telah menjumpainya, kita akan sedaya upaya berusaha mencontohinya baik dari segi penampilan diri, gerak-geri, akhlak serta pemikirannya. Dalam erti kata yang lain, kita ingin menjadi sepertinya, walaupun tidak secara total. Namun, bolehkah kita mengatakan bahawa ‘model’ yang kita ikuti dan cara yang kita tempuhi itu diredhai dan menepati tuntutan agama?
Buku “Menjadi Secantik Aishah” edaran Al-Fawzaan Services menjawab persoalan ini dengan mengetengahkan isteri kesayangan Nabi s.a.w. Aishah r.a., sebagai ‘model’ untuk para Muslimah khususnya, contohi. Masyarakat Islam setakat mengenali Aishah sebagai isteri Baginda. Banyak kisah yang menceritakan mengenai beliau. Namun tidak ramai yang menyedari atau menganalisa mengapa Aishah begitu istimewa sebagai seorang Muslimah – baik dari segi kecantikannya, penampilannya, sumbangannya, keperibadiannya atau pemikiran serta akidahnya.
Buku ini mengupas persoalan-persoalan ini untuk para Muslimah renungi dan amalkan. Ia memberikan penjelasan akan bagaimana seseorang wanita Muslimah, yang dianugerahi Allah swt serta menduduki darjat yang tinggi dan dihormati, harus membawa dirinya sebagai seorang ibu, isteri, anak dan ahli masyarakat. Penulis juga memberikan banyak contoh untuk dijadikan renungan. Suatu kelainan yang terdapat di dalam buku ini adalah, berbeza dengan buku-buku agama yang lain, penulis memberikan perspektif moden. Kerelevenan dan penjelasannya amat ketara dan tidak bersifat didaktik. Sebaliknya, ia memberikan motivasi dan idea-idea akan bagaimana menjadi seorang Muslimah yang ideal di sisi agama serta memancarkan aura isteri baginda di dalam diri Muslimah itu.
Laras bahasa yang digunakan amat mudah dan jelas. Buku yang ‘mesra pengguna’ ini patut dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, baik Muslimin ataupun Muslimah. Ini kerana para lelaki Muslim juga harus tahu tentang isteri baginda secara khusus dan wanita Muslimah secara umum. Buku ini menyegarkan minda dan rohani. Ia tidak membebankan fikiran tetapi melapangkan dada pembaca. Saiznya yang kompak memudahkannya untuk dibawa ke mana sahaja. Dengan muka kulitnya yang merah jambu serta judulnya yang ‘glossy’, ia pasti memberikan para pembaca suatu pengalaman baharu dan kepuasan yang jitu.
Buku yang berharga $7.00 ini boleh didapati di kedai-kedai buku Islam, masjid-masjid atau telefon 65669226 atau menghantar e-mel ke mirqat_alfawzaan@yahoo.com
Oleh: Rosmani Ramin
PS :
kabar dari editornya, mereka sedang dalam penjajakan untuk memasarkan buku ini di Malaysia.
Terima kasih untuk semua pihak yang turut serta berperan “melahirkan” buku ini.
Leave a Reply